KUALA LUMPUR: Juara bertahan beregu lelaki dunia Aaron Chia-Soh Wooi Yik, meletakkan All England 2023 sebagai fokus utama mereka dalam tiga siri kejohanan Eropah, disertai bulan ini.
Walaupun mengunci mulut mengenai sasaran sebenar mereka, Aaron sebaliknya berharap agar dapat 'meloloskan diri' sekurang-kurangnya ke peringkat separuh akhir, bermula dengan kejohanan Terbuka Jerman pada 8-13 Mac diikuti All England 2023 (14-19 Mac) dan Terbuka Swiss (21-26 Mac).
Beliau berkata mereka yang bakal turun sebagai pilihan pertama di Terbuka Jerman, akan menjadikan kejohanan tersebut sebagai medan persediaan untuk tampil lebih meyakinkan pada All England, yang juga kejohanan badminton tertua dunia itu.
"Setakat ini, persediaan dari segi fizikal dan kecergasan semua okay. Walaupun kami pilihan utama di Terbuka Jerman, namun kami harap takkan beri tekanan kepada diri sendiri dan cuba buat yang terbaik," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.
Pasangan nombor dua dunia yang mendapat 'bye' pada pusingan pertama Terbuka Jerman itu, dijadual bertemu sama ada rakan senegara Man Wei Chong-Tee Kai Wun atau gandingan Jepun Akira Koga-Taichi Saito, pada pusingan kedua.
Pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik 2020 itu, akan membuka tirai cabaran All England 2023 menentang pasangan Indonesia Leo Rolly Carnando-Daniel Marthin, manakala pasangan tuan rumah Arthur Boudier-Minh Quang Pham menanti mereka pada pusingan pertama Terbuka Swiss di Switzerland.
Mengenai cabaran dari Leo-Daniel di All England, Aaron berkata mereka perlu berwaspada dengan peningkatan prestasi pasangan Indonesia itu, biarpun mempunyai rekod bersih dengan menang kesemua empat perlawanan sebelum ini, sejak kali pertama bertemu pada Terbuka Thailand 2021.
"Kita tahu bukan senang nak lawan mereka, walaupun pernah bertemu sebelum ini tetapi kita akan lawan dan bersedia 100 peratus," katanya.
Mengulas mengenai cabaran terkini dalam kategori mereka, beliau mengakui kesemua pasangan yang berada dalam kedudukan 30 terbaik, mampu memberi saingan sengit antara satu sama lain termasuk pasangan utama dunia lain.
Pemain berusia 26 tahun itu pada masa sama berharap agar beliau dan Wooi Yik dapat mengekalkan konsistensi, sekali gus berada dalam kelompok lapan terbaik dalam ranking dunia sebelum kempen kelayakan Sukan Olimpik 2024 di Paris, Peranics bermula Mei ini.
Sementara itu, Aaron sempat berpesan kepada tiga pasangan baharu iaitu Muhammad Haikal Nazri-Nur Izzuddin Rumsani, Goh Sze Fei-Choong Hon Jian dan Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, agar fokus dengan pasangan masing-masing dan melupakan episod perpisahan dialami sebelum ini.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini melakukan rombakan terhadap tiga pasangan negara, selepas Nur Izzuddin nekad untuk berpisah dengan pasangan beregunya Sze Fei atas alasan hilang kepercayaan.
Situasi itu menyaksikan Muhammad Haikal yang sebelum ini bergandingan bersama Wan Muhammad Arif sejak 2019, terpaksa dipecahkan bagi memberi laluan kepadanya, bergandingan bersama Nur Izzuddin.
Wan Muhammad Arif pula dipasangkan dengan Roy King, yang juga merupakan pemain beregu campuran bersama Valeree Siow, manakala Sze Fei membentuk gabungan bersama Hon Jian.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 03 2023
Mereka akan jadikan kejohanan Terbuka Jerman sebagai medan persediaan untuk tampil lebih meyakinkan pada All England. - Foto STADIUM ASTRO
Penyokong, netizen diminta henti spekulasi isu keselamatan dalam bola sepak - Shahelmey
Spekulasi, provokasi dan penyebaran berita palsu, akan membuatkan isu itu semakin panas serta tidak akan mendatangkan sebarang kebaikan.
Lima lelaki dipenjara 36 tahun, 12 sebatan bunuh rakan
Kesemua tertuduh didakwa membunuh Nik Mohamad Sharulanuar Nek Der di Kampung Raja, Besut pada Jun 2017.
Penantian berakhir, pemasangan Starlink beri kelegaan buat Orang Asli Kerling
Sebelum ini, kampung itu tidak menerima isyarat liputan daripada syarikat telekomunikasi sekali gus memaksa mereka keluar ke jalan besar.
Kemampanan penting dalam tangani isu perubahan iklim, bukan sekat perdagangan bebas - Tengku Zafrul
Prasyarat hijau tidak boleh digunakan sebagai halangan bukan tarif atau menjadi mekanisme imperialisme ekologi zaman moden.
Pusat hiburan dibaling bom petrol
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian memaparkan empat individu menaiki motosikal di hadapan pusat hiburan terbabit.
Turkiye: 190 penumpang berdepan detik cemas tayar pesawat pancit semasa mendarat
Semua 190 penumpang selamat dipindahkan susulan insiden kecemasan kira-kira 11 pagi waktu tempatan itu.
Korea Selatan sasar kerjasama ketenteraan dengan Malaysia naik taraf K200 IFV
Korea Selatan menyatakan minat untuk bekerjasama dengan Malaysia bagi menaik taraf armada Kenderaan Tempur Infantri K200 (IFV).
Wai Ching 'hangatkan' Larian Menara Naza
Selepas menawan puncak Menara Taipei 101 baru-baru ini, pelari menara nombor satu dunia Soh Wai Ching mengesahkan penyertaan pada Larian Menara Naza.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan buat kerja, bukan cari populariti - Amirudin
Kata Amirudin, pembangkang hanya menjual isu-isu tertentu bagi mencari perhatian, khususnya pada musim pilihan raya.
Sarawak sasar juara keseluruhan Sukma XXI di Bumi Kenyalang
Abang Johari berkata, 9,927 atlet terpilih membawa cabaran Sarawak pada temasya dwitahunan itu harus tetapkan matlamat untuk capai kejayaan.
Piala Thomas: BAM akui Malaysia terlalu bergantung kepada pemain utama
Malaysia terlalu mengharapkan konsistensi prestasi Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei.
Badminton: China julang Piala Uber buat kali ke-16
China berjaya merangkul kejuaraan Piala Uber buat kali ke-16 apabila menewaskan juara tiga kali, Indonesia 3-0 pada perlawanan akhir.
Separuh akhir Piala Thomas: Aaron-Wooi Yik bangkit ikat kedudukan buat negara
Malaysia bangkit daripada ketinggalan apabila mengikat China 1-1 dalam separuh akhir Piala Thomas di Chengdu ketika ini.
Piala Uber: Indonesia kejutkan Korea Selatan untuk ke final pertama sejak 2008
Indonesia mengejutkan juara bertahan Korea Selatan pada aksi separuh akhir hari ini.
Separuh akhir Piala Thomas: Lee Zii Jia akur kehebatan Shi Yuqi
Lee Zii Jia, gagal membutirkan mata pertama negara apabila tewas secara set langsung kepada pemain nombor dua dunia dari China, Shi Yuqi.
Piala Thomas: Lee Chong Wei seru penyokong banjiri tayangan skrin besar
"Jom beri sokongan kepada pasukan Piala Thomas Malaysia petang ini di tempat masing-masing."
Piala Thomas: Misi skuad negara padam reputasi atas kertas
Jika dinilai daripada segi kedudukan ranking dan rekod pertemuan, pasukan negara tidak memiliki banyak kelebihan.
Badminton: Terima kasih, selamat bersara Kento Momota!
Fanatik badminton dunia akan terlepas aksi menarik dan lakaran emosi tersendiri ditampilkan oleh bekas pemain nombor satu dunia, Kento Momota.
Piala Uber: Tiada daya juang tinggi, Rexy kesal dengan pemain perseorangan wanita negara
Kem perseorangan wanita negara perlu memiliki semangat juang tinggi sekiranya mahu mencabar pemain lain dalam saingan antarabangsa selepas ini.
Kemunculan Momota di gelanggang pastinya dirindui - Pemain badminton dunia
Momota bakal bersara daripada arena sukan badminton antarabangsa selepas Piala Thomas 2024 yang sedang berlangsung di Chengdu.